PIBG

LAPORAN TAHUNAN PIBG SEK. MEN. KEBANGSAAN RAJA JUMAAT

2002 / 2003

 

Sekitar SMKRJ
 

Dengan ini AJK PIBG SMKRJ mengemukakan Laporan Tahunan PIBG SMKRJ 2001/2002 seperti berikut:

 

1.        Falsafah PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKRJ adalah satu agen perubahan komuniti di sekolah yang menjalankan usaha berterusan berlandaskan kaedah-kaedah dan perlembagaan PIBG bagi menyokong serta membantu semua kegiatan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Perancangan Sekolah.

 

2.        Keanggotaan PIBG SMKRJ

a.        Semua guru yang mengajar dalam sekolah ini

b.       Semua ibu bapa dan penjaga kepada murid yang belajar dalam sekolah ini

c.        Ahli masyarakat sekitar sekolah yang mendapat kebenaran dari Pegawai Pendidikan Daerah

d.       Pengetua sebagai anggota ex officio

 

3.        Peranan PIBG SMKRJ

a.        Kerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program bersama, sama ada anjuran PIBG atau pihak sekolah

b.        Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara

 

4.        Sumber Kewangan

a.        Derma tahunan sebanyak RM10.00 setiap anggota PIBG

b.       Aktiviti-aktiviti Khas PIBG bagi mengisi tabung kewangan PIBG

c.        Sumbangan dari orang perseorangan dan Syarikat Swasta

 

5.        Ahli Jawatankuasa.

Yang Di Pertua   :        Encik Shaharudin Hj Abdul Hamid

Naib Yang Di Pertua    :         Encik Abdul Majid  Wardia

Setiausaha         :         Encik Shamsudin Hj Dahalan

Bendahari          :         Puan Zarina bt. Othman

AJK:  Penjaga    :             Puan Haliza Ramli

                              :             Encik Mohamad bin Sukir

                              :             Encik Ooi Aun Lok

                              :             Encik Thangavelu

                              :             Encik Shamsudin Ali

                               :             Encik P.Kunasegaran

               Guru         :            Cik Neo Ah Kow

                               :            Puan Soon Siew Lee

                               :            Puan Rohana Mat Saari

                               :            Encik Yazid Haron       

                               :            Encik Sivanesan

 

Pemeriksa Kira-kira :     En. Abdul Raof bin Abu Samah

                                     :     Puan Punita

 

6.        Aktiviti PIBG 2001 / 2002.

a.        PIBG SMKRJ telah banyak memainkan peranan dalam membantu pihak sekolah menjalankan programnya

b.       Antara program tersebut ialah

i.        Pembinaan dan perasmian Astaka Minda

ii.       Melengkapkan pusat sumber sekolah

iii.      Menubuhkan pusat IT SMKRJ

iv.      Menceriakan fizikal sekolah

v.       Program motivasi pelajar

vi.      Malam ibadah pelajar Tingkatan Tiga dan       Tingkatan Lima

c.        PIBG juga telah memberikan beberapa sumbangan     kepada pihak sekolah seperti

i.        Sagu hati dan bayaran insurans kepada pengawal lalu lintas

ii.       Kejohanan Sukan Tahunan SMKRJ

iii.      Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Daerah Port Dickson

iv.      Membiayai dan memberi sokongan dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah

d.       Bertepatan dengan Falsafah PIBG, PIBG SMKRJ akan terus memainkan peranan membantu pihak sekolah menjayakan semua program sekolah demi meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar dan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi

 

7.        Kekangan PIBG SMKRJ

a.   Tabung kewangan perlu ditingkatkan

b.  Kerjasama yang erat di kalangan ahli boleh diperbaiki

c.  Keprihatinan ahli terhadap pendidikan anak-anak     ditingkatkan  

         

 

8.        Harapan PIBG

a.   Sekolah Dalam Taman

b.   SMK Raja Jumaat cemerlang dan gemilang

c.  Sokongan dan bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Syarikat Swasta, Ahli Korporat, orang perseorangan dan ahli PIBG SMKRJ yang perihatin

 

9.        Sekalung Budi

a.   Kerajaan Persekutuan dan Negeri

b.  Kementerian Pendidikan Malaysia

c.  Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus

d.  Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan Port     Dickson

e.  Pejabat Pendidikan Daerah Cawangan Port Dickson

f.   Syarikat Swasta, Ahli Korporat dan orang perseorangan yang banyak memberi sumbangan kepada tabung PIBG

g.  Yang Dipertua PIBG, Encik Shaharudin Hj Abdul Hamid PJK yang begitu tinggi semangat dan komited dalam menggerakkan PIBG SMKRJ

h.  Tuan Pengetua, Encik S. Gulendran sebagai ex officio yang tidak jemu memberi nasihat dan pandangan terhadap peranan PIBG

i.   AJK PIBG SMKRJ yang turut serta menyumbangkan tenaga dan masa bagi menggerakkan kejayaan peranan PIBG

j.   Ahli PIBG yang perihatin  terhadap kejayaan PIBG dan anak-anak mereka.

k.  Warga SMKRJ yang sentiasa menghargai peranan PIBG

 

Semoga PIBG SMKRJ mendapat berkat dan rahmat agar lebih bertenaga dan menjadi pemangkin kemajuan dan kecemerlangan SMK Raja Jumaat

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Yang menjalankan tugas,

SHAMSUDIN HJ DAHALAN,

SETIAUSAHA PIBG SMKRJ.