SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Lukut
Sekolah Menengah Kebangsaan Lukut terletak di tepi jalan besar Port Dickson - Seremban. Jauhnya hanya 5 km dari bandar Port Dickson dan mempunyai kawasan seluas 15 hektar. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1980 dan siap sepenuhnya pada tahun 1982, dengan biayaan Bank Dunia .  Sekolah ini mula digunakan pada tahun 1983 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Lukut. Pada peringkat permulaannya sekolah ini menerima pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, SRJK (C) Chung Hua Lukut, SRJK(T) Ladang Sendayan dan SRJK (T) Ladang Siliau. Mereka ditempatkan dalam sebuah kelas Tingkatan Peralihan dan dua buah kelas Tingkatan Satu.

Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai dua buah bangunan dua tingkat, sebuah bangunan bengkel seni perusahaan dan sebuah kantin. Bilangan pelajar adalah seramai 150 orang, 10 orang tenaga pengajar dan orang pekerja.Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Chin Kow Ming.  Pada tahun 1989, sebuah bangunan 4 bilik darjah telah dibina dengan cara gotong-royong dengan peruntukan daripada JPNS sebanyak  RM20 000. Bagi menampung bilangan pelajar yang terus meningkat, sebuah lagi bangunan dua tingkat telah dibina pada tahun 1990. Kemudian pada tahun 1998, 3 buah bangunan dua tingkat telah siap dibina.Sejak penubuhannya sekolah ini mempunyai sebuah padang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan permainan. Demi kemajuan pelajar, dengan usaha pihak pentadbir dan PIBG sekolah, sebuah kompleks sukan mini telah dibina pada akhir tahun 1992. 

Pada sesi 1991/92 sekolah ini telah memulakan satu sessi persekolahan dan membuka dua kelas tingkatan empat. Dengan itu sekolah ini dikenali dengan Sekolah Menengah Lukut. Maju ke hadapan, kelas aliran sains tulen telah dimulakan pada tahun 1998.  Sekolah ini dinaikkan taraf kepada gred A. 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat
  6 Ogos 1999 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1420 Hijrah, jam 11.00  pagi Jumaat lahirlah Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat. SMKRJ kini mempunyai 11 buah bangunan, 28 buah bilik darjah, 976 orang pelajar, 53 orang guru dan 14 orang pekerja.Perkembangan fizikal sekolah yang meningkat telah merangsang peningkatan pencapaian akademik dan kokurikulum.

Sekitar SMKRJ